Jom lihat

Friday 14 October 2016

PRIORITI~



بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF


Tika itu, kau tertunduk lesu,
Dibelenggu 1001 macam perkara,
Yang menyesakkan minda,
Yang menyerabutkan fikiran.

Sungguh,kau tidak terdaya,
Kau sudah lelah dengan permainan yang ada,
Entah kapan akan berakhir,
Dengan sedikit kekuatan kau meneruskan perjalanan.

Walau ungkapan maaf sering terungkap,
namun ia, seringkali terbang oleh sang bayu,
Tanpa merasai maksud maaf itu,
Apakah itu norma kehidupan yang sekarang?
Apa ini corak kehidupan yang kau pilih?
Tidak ! Tidak sama sekali,
Pilhan di tangan kau,
Tiada pada yang lain,
Pilihlah yang terbaik,
Jika perlu pergi,
Teruskanlah,
Pergi kerana prioriti,
Pergi untuk mencari sinar yang baru,
Pergi untuk mencari mutiara hati yang hilang.



*ditulis pada 29 Januari 2016*




P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 


Monday 8 August 2016

PERGI~

بسم الله الرحمن الرحيم


#coretanhatiMeF


Manusia datang dan pergi,
Datang membawa sebuah pengharapan,
Pergi bukan utk meninggalkan penderitaan,,
perginya kerana prioriti atau asbabnya sikap kita sendiri?

Kehilangan??
Pahit untuk ditelan, bukan manis utk diluak semula,
Jangan takut atas namanya kehilangan,
Yang patah akan tumbuh,
Walau yang hilang takkan sama dengan yang diganti,
Percayalah,
Ada sebab mengapa terjadinya sebegitu rupa,
Ada sesuatu yang Allah akan hadiahkan kelak..





*tak ingat tarikh*




P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 

Tuesday 19 July 2016

HARAPAN DALAM TANGISAN~

بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF

Menangis bukan bermakna aku lemah,
Menangis bukan kerana aku sudah mengalah,
Namun dengan tangisan menjadi sumber kekuatan,
Dengan tangisan aku dapat bangkit semula.

Melalui tetesan air mata yang gugur,
Ku taruhkan harapan agar segala yang membungkam jiwa turut terlerai,
Mengalir dan mengalir,
Sehingga tiada setetes yang keluar lagi,
Saat itu, tersenyumlah, bangkitlah dari peristiwa lalu.





*ditulis pada 16 November 2015*


P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 

Monday 20 June 2016

LEMBARAN BARU~

بسم الله الرحمن الرحيم

Today is my first day for my last semester as foundation student. Wish me luck!! Can survive through this semester.


#coretanhatiMeF


Ku pandang ke langit yg tinggi,
Menatap indah ciptaan illahi,
Buat mencari ketenangan diri,
Buat mencari kedamaian jiwa yang kian pudar.

Buang! Hapus ! Lempar jauh ke dasar lautan,,
Segala perkara yang menyesakkan minda dan jiwa,
Waima ia sukar walakin ia perit,
Untuk diterima agar sebati dlm diri .

Akan bermula episod baru buat diri ini,
 mengumpul kekuatan untuk terus mandiri,
 mengumpul semangat agar bangkit semula.
Aku belajar untuk terima dengan redha
 setiap perkara yang terjadi sekalipun
 kematian yang menjengah halwa telinga ini.



*tak ingat tarikh*




P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 



Thursday 16 June 2016

DIA ADIWIRA ~

بسم الله الرحمن الرحيم


#coretanhatiMeF


Berdiri gagah sang arjuna, 
Di tengah-tengah medan perjuangan, 
Tersisip rapi sebilah pedang disisinya, 
Bersama semangat yang membara, 
demi mempertahankan tanah air tercinta. 

Tiba sang lawan, 
Lengkap bersenjata moden dan para tentera yang tak terbilang ramainya, 
Sedang dia,  hanya bertemankan sebilah pedang warisan pusaka,
Namun,  semangatnya tidak luntur sama sekali, 
Malah semakin yakin dan berani untuk menumpaskan lawan, 
Untuk menyelamatkan tanah tumpah darahnya,,
Tanah air yang memberi 1001 makna dalam meneroka kehidupan.. 

Serentak turun dari tunggangan kudanya, 
Terus membuka langkah utama, 
Persis rentak seorang adiwira yang tidak gentar terhadap musuhnya, 
Dihunuskan pedang miliknya terhadap tentera2 musuh di hadapan,
Satu per satu cuba di lawannya, 
Ada yang tumbang,  ada yang dapat mengelak, 
Seiring tangan dan kakinya lincah untuk menumpaskan lawan, 
Terdengar kalimah2 agung terbit dari mulutnya itu,
Melafazkan zikir2 serta doa,
Memohon agar dirinya dilindungi sentiasa,
Kerna berpaksikan kepada sebuah kebenaran, 
Dia meletakkan sepenuh harapan pada yang Esa. 

Kini, semua tentera2 musuh berjaya ditumpaskan,
Walaupun dirinya sendiri sudah dicalari luka dan 
dibasahi percikan darah musuh di sini sana, 
Kini,  tinggal seorang lagi, 
Ketua kepada kumpulan musuhnya tadi, 
Berdekah-dekah tawa lelaki bangsat  yang berada 
di atas tembok pertahanan itu.. 
Tiba masa,  satu lawan satu, 
Pertempuran yang maha hebat bakal bermula, 
Kerna musuhnya yang satu itu,
Mengenakan pakaian yang kalis segala senjata,
Pakaian ke medan perang yang terhebat pada abad itu. 

Seketika,  ada darah yang merembes ke tanah, 
Seketika,  keduanya berada di langit untuk bertempur, 
Seketika,  ada yang rebah  ke bumi, 
Seketika,  laungan Allahuakbar kedengaran, 
Yaaa,,  kemenangan telah berpihak pada yang sepatutnya, 
Kemenangan seorang adiwira, seorang arjuna,. 
Yang mahu menyelamatkan tanah airnya, 
Tanah air yang tercinta,  tempat tumpah darahnya.. 

Pulangnya dia dirai, 
Adiwira penyelamat bangsa, 
Jasanya tidak mereka lupa,
Hingga akhir nafasnya, 
Namanya sering disebut2 masyarakat, 
Atas keberaniannya menegakkan hak bangsa, 
Atas kegagahannya menyelamatkan tanah airnya..⁠⁠⁠⁠



*ditulis pada 15 Jun 2016*


P/s : permintaan seseorang utk mencari idea bagi menghasilkan lagu instrumentalnya,harap membantu :)





P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambaikan gaya penulisan .. JZKK. 

Monday 13 June 2016

TANYA PADA DIRI~

بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF


Tanya pada diri,
Dalam kesibukan kau berdakwah pada yang lain,
Apa kau sudah berdakwah terhadap diri sendiri ?
                                                               
Tanya pada diri,
Dalam kekalutan kau bergerak bagai halilintar
dalam menyempurnakan tugasan orang lain,
Apa kau sudah menyempurnakan amanah pada diri ?

Tanya pada diri,
Dalam sepenuhnya kau berusaha menjaga hati dan perasaan orang,
Apa kau sudah menjaga hati dan perasaanmu sendiri?

Tanya pada diri,
Dalam tulusnya kau menyayangi orang lain,
Apa kau beri ruang untuk diri kau menyayangi dirimu sendiri ?

Tanya pada diri,
Soal pada diri,
Apa ada semua itu ?
Apa ada kau fikir tentang dirimu sendiri?
Atau sebaliknya,
Kau biarkan dirimu maju tanpa dipandu oleh dirimu sendiri,
Kerna apa ?
Kerna kau hanya nampak orang lain,
Kau tak nampak diri kau,
Kau tak nampak yang diri kau juga
patut kau jaga, patut kau rawat, patut kau sayang,
Sebelum kau berbuat demikian pada yg lain.


Pesan aku :  sayangi dirimu sendiri, kerna tidak akan ada orang yang akan menyayangi dirimu melebihi dirimu sendiri selain penciptamu.



*ditulis pada 26 Oktober 2015*




P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 

TAWA DAN LUKA~

بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF


Aku cuba mengukirnya walau tidak terdaya,
Aku cuba mempamerkannya walau tidak bisa,
Kerna aku ingin menyembunyikan duka yang ada,
Kerna aku ingin menutupi luka yang lama.

Tersenyum tika sedang bersedih bukan sesuatu yg mudah,
Tertawa saat terluka bukan sesuatu perkara yang ringan,
Namun aku tetap gagahi,
Namun aku tetap cuba dan terus mencuba,
Walau terpaksa berpura-pura,
Walau terpaksa berperang dengan jiwa.

Kerna itu, satu-satunya penawar yang ada,

Kerna itu, membuatkan semangatku kembali semula.


Ibtasim!!!!  :) 

 ~behind a smile there's lots of tears~ 




*ditulis pada 17 Oktober 2015*


P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 


TETESAN DARAH~

بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF


Bagai ada cecair merah pekat yang mengalir,
Tetesan demi tetesan gugur dari tempat itu,
Aku hanya melihat,
semakin lama, semakin banyak menutupi kain putih itu.

Umpama hatiku,
yang semakin hari semakin ditoreh, dihiris,
Seperti ada belati tajam yang menikamnya tanpa sedar.

Sakitnya, usah ditanya bagaimana,
Peritnya, usah ditanya apa rasa,
Asbabnya, usah ditanya apa punca,
Kerna aku juga sudah lelah untuk merawatnya semula.

Aku biarkan darah itu terus mengalir,
Aku biarkan luka itu semakin dalam,
Agar yang lain tidak terasa tempias percikan darah itu,
Agar yang lain tidak terluka kerna tikaman itu.

Biar aku yang merasai,
Biar aku yang sakit,
Agar kalian tersenyum bahagia,
Agar kalian puas dengan apa yang ada,
Ibarat sudah menjadi adat kehidupan yang penuh sandiwara di pentas dunia.




*ditulis pada 15 Oktober 2015*




 P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 

Sunday 12 June 2016

AKU HANYA AKU ~

بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF


Inginku menangis di bawah lebatnya hujan,
Agar tiada siapa yang tahu.

Inginku terbang tinggi di ruang udara,
Agar bebas dari tohmahan manusia.

Inginku titip masalah pada sang angin,
Agar berlalu tanpa kembali lagi.

Inginku menjadi segagah sang suria,
Agar teguh berdiri di tengah lautan manusia.

Namun aku hanya aku,
insan lemah yang perlukan sokongan dari kalian yang ada,
sedang diri masih bertatih dalam mencari
 erti sebuah kehidupan yang penuh liku.
Satu per satu mengajar aku untuk lebih
 membuka minda terhadap figura yang ada,
menghayati setiap nikmat yang dikurniakan
 dengan lafaz kesyukuran yang tidak terhingga.



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan" 




*ditulis pada 2 Oktober 2015*


P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 

KAU DAN DIA~

بسم الله الرحمن الرحيم


#coretanhatiMeF

Kau cakap kau sayang,
Kau cakap kau cinta,
Kau cakap kau rindu,
Kau cakap kau tak boleh move on dengan perasaan-perasaan
yang seringkali menghantui kau selama ni,,
Kau cakap kau benci perasaan tu,,
Benci sebenci bencinya.
Tapi apa kau sedar,
kerna masih wujudnya secebis rasa cinta dan sayang,
kau tak mampu membencinya,,
Malah semakin bertambah sayang dan cemburu pada yang tak sepatutnya.


JANGAN BENCI KALAU MASIH SAYANG!!


 Kalau masih sayang, lepaskan dia,.
Lepaskan dia meneroka kehidupannya sendiri,.
Jangan kau kongkong kehidupannnya,.
Seolah-olah kau yakin,
 dia milikmu selamanya,
Biar dia meneroka, menjelajah,
ke setiap inci kehidupan yang dia tempuh,
Agar sama-sama peroleh ibrahnya,
Ibrah disebalik kenangan lalu yang tercipta antara kau dan dia,
Agar masing2 semakin matang dalam mencari dan menghargai erti kehidupan,
Kau lepaskan dia, agar dia bahagia,
Agar kau juga bahagia,
Bukannya kau semakin merana,
melayan perasaan diri yang entah kemana,
Hidup dalam fantasi yang kau reka sendiri.


Pesan aku : cinta Ilahi tunjang utama sebelum kau mencari cinta manusia... kerna cinta manusia yang suci berpaksikan cinta Ilahi yang maha kuasa.



*lupa tarikh*



P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 

PENTAS DUNIA~

بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF


Bertapak di atas pasir yang memutih,
ditemani sang bayu yang menampar lembut
sosok tubuh ini,
bersama deruan ombak yang berbunyi,
diiringi burung-burung yang berkicauan,
sungguh indah ciptaan Ilahi,
di satu sudut aku berdiri,
aku memerhati, aku berfikir,
Sendirian.. Tanpa ada yang peduli,
hadirnya disitu tidak ubah seperti patung,
apa hendak ku kata, hidup ini hanya sementara,
dunia ini penuh fitnah manusia,
sampai satu saat, aku kan pergi jua,
meninggalkan dunia yang fana ini...


*ditulis pada 7 April 2015*





P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 



HATI KECIL INI~

بسم الله الرحمن الرحيم

#coretanhatiMeF


Pegang hati kecil ini seerat-eratnya,
Kemaskan pegangan dan genggamanmu,
Kerna hati kecil ini mudah rapuh,
Kerna hati kecil ini mudah goyah,
Jangan sesekali,
kau membuka ruang walau sebesar zarah,
untuk anasir lain menerombos masuk kedalam hatimu itu,
Hati kecil ini, hanya untuk sang Pencipta,
bukan untuk dimiliki sesiapa melainkan di Dia,
Hati kecil ini, hanya pinjaman,
untuk dijaga, untuk dirawat,
agar menjadi hati yang sebenar-benar hati..

Allahumma ya muqollibal qulub tsabbit qulubana a'la deenik~


*ditulis pada 29 Julai 2015*




P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambahbaikan gaya penulisan .. JZKK. 


DISINI BERMULA ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Di sini bermula, ku coretkan rasa yang ada. Ya, aku suka menulis, walau jarang  buat, tapi ia memberi kepuasan yang tidak terhingga bila sudah disiapkan.

Di sini, aku kumpul kembali segala coretan yang pernah ditulis sebagai tatapan diri dan sesiapa sahaja. 

Semoga bermanfaat. Aku mengalu-alukan komen di setiap coretan, agar dapat memperbaiki gaya penulisan yang ada. Aku bukanlah pecinta bahasa yang tegar, aku hanya insan yang gemar menulis, meluahkan rasa melalui sebuah penulisan. :) 


_________________________________________________________________________________

Aku mulakan yang pertama, #coretanhatiMeF



Aku capai pena kesayangan,
Kini berada kemas dalam cengkaman,
Aku tarikannya di atas helaian kertas,
Menulis bait2 kata rindu, kata cinta,
Juga madah2 inspirasi yg mampu menggetarkan sukma,
Leka dan terus leka,
Aku menghayati penulisan yg dibawa,
Seolah bermain dengan jiwa,
Sungguh! Asik sekali,
Hingga terlupa masa seakan pantas berlalu pergi,
Usai sebaris ayat,
Aku nokhtahkan dengan penuh rasa bangga,
Puas! Yaa aku puas,
Terbit satu rasa yg tak mampu diungkapkan dengan kata-kata,
Itulah dia, antara satu nikmat yg dikurniakan ilahi kepada seorg insan yg bernama 'aku'. . .




P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambaikan gaya penulisan .. JZKK. 
.