Jom lihat

Thursday 16 June 2016

DIA ADIWIRA ~

بسم الله الرحمن الرحيم


#coretanhatiMeF


Berdiri gagah sang arjuna, 
Di tengah-tengah medan perjuangan, 
Tersisip rapi sebilah pedang disisinya, 
Bersama semangat yang membara, 
demi mempertahankan tanah air tercinta. 

Tiba sang lawan, 
Lengkap bersenjata moden dan para tentera yang tak terbilang ramainya, 
Sedang dia,  hanya bertemankan sebilah pedang warisan pusaka,
Namun,  semangatnya tidak luntur sama sekali, 
Malah semakin yakin dan berani untuk menumpaskan lawan, 
Untuk menyelamatkan tanah tumpah darahnya,,
Tanah air yang memberi 1001 makna dalam meneroka kehidupan.. 

Serentak turun dari tunggangan kudanya, 
Terus membuka langkah utama, 
Persis rentak seorang adiwira yang tidak gentar terhadap musuhnya, 
Dihunuskan pedang miliknya terhadap tentera2 musuh di hadapan,
Satu per satu cuba di lawannya, 
Ada yang tumbang,  ada yang dapat mengelak, 
Seiring tangan dan kakinya lincah untuk menumpaskan lawan, 
Terdengar kalimah2 agung terbit dari mulutnya itu,
Melafazkan zikir2 serta doa,
Memohon agar dirinya dilindungi sentiasa,
Kerna berpaksikan kepada sebuah kebenaran, 
Dia meletakkan sepenuh harapan pada yang Esa. 

Kini, semua tentera2 musuh berjaya ditumpaskan,
Walaupun dirinya sendiri sudah dicalari luka dan 
dibasahi percikan darah musuh di sini sana, 
Kini,  tinggal seorang lagi, 
Ketua kepada kumpulan musuhnya tadi, 
Berdekah-dekah tawa lelaki bangsat  yang berada 
di atas tembok pertahanan itu.. 
Tiba masa,  satu lawan satu, 
Pertempuran yang maha hebat bakal bermula, 
Kerna musuhnya yang satu itu,
Mengenakan pakaian yang kalis segala senjata,
Pakaian ke medan perang yang terhebat pada abad itu. 

Seketika,  ada darah yang merembes ke tanah, 
Seketika,  keduanya berada di langit untuk bertempur, 
Seketika,  ada yang rebah  ke bumi, 
Seketika,  laungan Allahuakbar kedengaran, 
Yaaa,,  kemenangan telah berpihak pada yang sepatutnya, 
Kemenangan seorang adiwira, seorang arjuna,. 
Yang mahu menyelamatkan tanah airnya, 
Tanah air yang tercinta,  tempat tumpah darahnya.. 

Pulangnya dia dirai, 
Adiwira penyelamat bangsa, 
Jasanya tidak mereka lupa,
Hingga akhir nafasnya, 
Namanya sering disebut2 masyarakat, 
Atas keberaniannya menegakkan hak bangsa, 
Atas kegagahannya menyelamatkan tanah airnya..⁠⁠⁠⁠



*ditulis pada 15 Jun 2016*


P/s : permintaan seseorang utk mencari idea bagi menghasilkan lagu instrumentalnya,harap membantu :)





P/S : Mengalu-alukan komen untuk penambaikan gaya penulisan .. JZKK. 

No comments:

Post a Comment